Piala Malaysia: Selangor Bawa 'Bekal' Selesa Ke Separuh Akhir Kedua di Kuala Terengganu


Percaturan Tan Cheng Hoe terus membuahkan hasil buat pasukan Selangor FC apabila menewaskan Terengganu 3-1 dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium MBPJ. 

Berbekalkan 3-1 amat bermakna buat pasukan itu sebelum kedua-duanya akan bertemu semula pada perlawanan kedua di Kuala Terengganu pada Isnin. 

Sejak mengendalikan pasukan Selangor FC, skuadnya belum pernah tewas dalam 9 perlawanan berturut-turut. 

Untuk rekod,  Selangor FC tidak pernah menang ke atas pasukan Terengganu FC sejak 3 tahun yang lalu.

Biarpun pasukan Selangor FC bermain dengan baik, mereka dikejutkan dengan jaringan sepakan percuma oleh Tchetche Kipte pada minit ke-18. 

Pada minit ke 37, Selangor berjaya mendapatkan gol penyamaan menerusi tandukan Ankrah selepas menyambut bola sepakan sudut Mukhairi Ajmal.

Sebelum tamat separuh masa pertama, Herlison Caion menambah jaringan pasukan Selangor melalui tandukan yang berpunca dari sepakan sudut.

Selepas babak kedua bersambung, Selangor sekali lagi menambah duka pasukan Terengganu FC apabila Shahrul Nazeem menanduk masuk hasil sepakan sudut Mukhairi pada minit ke 55. 

Kecemerlangan Khairulazhan menepis serangan dari pasukan Terengganu FC berjaya mengekalkan keputusan 3-1 sehingga wisel penamat. 





Post a Comment

Previous Post Next Post