Piala Malaysia: JDT ke Final Piala Malaysia, Ahad Johor Cuti Peristiwa

Sumber foto

Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi telah mengumumkan bahwa pada hari Ahad ini sebagai cuti peristiwa kepada seluruh negeri Johor selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2022.

Cuti itu diberikan sebagai tanda penghargaan kepada penyokong skuad Harimau Selatan itu, dan ia turut mendapat perkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Dalam ucapannya di Facebook mengucapkan tahnah kepada JDT kerana layak ke final. 

“Sama-sama kita hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil esok bagi terus memberi sokongan padu kepada pasukan JDT.” Katanya lagi. 

JDT mara ke peringkat akhir Piala Malaysia akan bertemu Selangor FC esok, Sabtu di Stadium Nasional Bukit Jalil. 


Post a Comment

Previous Post Next Post