Sultan Selangor keluarkan teguran diraja terhadap Hadi

 


Presiden PAS Tan Sri Abd Hadi Awang menerima teguran diraja kerana melintasi garisan melalui kenyataannya yang tidak menghormati Raja-Raja Melayu susulan keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung beberapa peruntukan dalam Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah Kelantan, baru-baru ini. 

Teguran diraja itu disampaikan menerusi sepucuk surat yang ditujukan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor yangt ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor. Surat bertarikh 27 Februari itu menyatakan rasa dukacita Sultan Sharafuddin dengan kenyataan Presiden PAS itu bertajuk "Ketinggian Islam Wajib dipertahankan" yang tular dan menyasarkan ilmuan agama, peguam, hakim, Ahli Parlimen, ADUN dan Raja-Raja Melayu.

Sultan Sharafuddin percaya kenyataan oleh Presiden PAS itu menunjukkan bahawa dia tidak membaca secara menyeluruh dan mendalam tentang titah diRaja berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan. 

Menurut Datuk Munir selaku Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin, kenyataan sinis yang dikeluarkan oleh Tan Sri Abdul Hadi yang mengatakan bahawa Pemerintah perlu melihat kepada keperluan akhirat dan bukan kepentingan duniawi adalah tidak sesuai dan tidak sopan daripada perspektif melayu. 

Tambahnya, budaya Melayu adalah sentiasa dihormati dan baik ketika berucap kepada Raja-Raja Melayu. 

Kenyataan Abdul Hadi juga turut mengkritik hakim-hakim bahawa mereka gagal mentafsir Perlembagaan Persekutuan mengikut prinsip Islam yang sebenar dan mengatakan Perlembagaan persekutuan dicipta dan digubal mengikut acuan penjajah untuk memusnahkan agama, bangsa, bahasa dan negara. 

Datuk Munir berkata, kenyataan itu bertujuan untuk menimbulkan kekeliruan dan keresahan umat Islam yang akhirnya memecah belahkan orang Melayu di negara ini. - The Star Online


Post a Comment

Previous Post Next Post