Politik: Muhyiddin fail rayuan tuduhan salah guna kuasa

 

Foto - The Star

Bekas perdana menteri TS Muhyiddin Yassin memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah mengembalikan semula 4 kes salah guna kuasa. 

Semalam, 29 Februari, notis rayuan telah dikemukakan melalui Messr Chetan Jethwani & Company.  Ia juga menamakan pihak pendakwaan sebagai responden.

Seperti dilaporkan The Star, Presiden Bersatu membuat rayuan terhadap keseluruhan keputusan mahkamah.

Pada 28 Feb, panel tiga hakim mahkamah rayuan diketuai Hakim Hadhariah Syed Ismail memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila memutuskan bahawa pertuduhan terhadap Muhyiddin adalah cacat.

Sebelum ini, Muhyiddin dilepas dan dibebaskan (DNA) oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin yang mendapati empat pertuduhan terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu cacat, tidak berasas dan samar-samar.

Muhyiddin didakwa menggunakan kedudukannya sebagai perdana menteri dan presiden Bersatu untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Prosiding kes utama di Mahkamah Sesyen ditangguhkan sementara menunggu pelupusan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan keempat-empat pertuduhan itu.

Dua lagi hakim dalam panel itu ialah Hakim Azmi Ariffin dan S.M. Komathy Suppiah. - The Star

Post a Comment

Previous Post Next Post