Maritim Malaysia pintas bot bawa 14 PATI

Sumber Imej

Dipetik daripada Sinar Harian, tindakan sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba keluar secara haram dari negara ini gagal apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor di perairan Kuala Selangor di sini pada Sabtu.

Pengarah Maritim Malaysia Selangor V Siva Kumar berkata, 14 PATI tersebut termasuk tekong ditahan di kedudukan 2.5 batu nautika barat daya Kuala Selangor, kira-kira jam 3.14 pagi.

Menurutnya, pergerakan PATI itu dikesan berdasarkan maklumat daripada radar sistem pengawasan laut (SWASLA) Maritim Malaysia Area Control Central (ACC) di perairan Pulau Angsa menuju ke Jeram.

"Bot ronda yang diatur gerak berjaya mengejar bot berkenan dan hasil pemeriksaan mendapati, bot itu dikendalikan oleh dua kru warga Indonesia masing- masing berumur 44 dan 55 tahun dari Tanjung Balai.

Pemeriksaan yang dijalankan mendapati terdapat sembilan penumpang lelaki dan tiga penumpang perempuan berumur lingkungan 23 hingga 46 tahun dan kesemuanya tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, dalam kenyataan.

Berdasarkan siasatan awal yang dijalankan mendapati bayaran yang dikenakan untuk satu perjalanan ialah RM3,000 seorang. Bot dan kesemua pati dibawa ke jeti pasukan polis marin (PPM) Pulau Indah untuk siasatan lanjut.

"Kes akan disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan juga Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal menunjukkan pasport atau dokumen perjalanan yang sah," katanya.

"Sebarang aduan dan maklumat mengenai kegiatan jenayah maritim serta kecemasan di laut boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk tindakan segera," katanya.

Sumber: MSN

Post a Comment

Previous Post Next Post