Belum dihubungi oleh kem Rafizi - Lim Sian See

 

Imej: FB Lim Sian See

Dipetik Free Malaysia Today (FMT), pempengaruh media sosial memberitahu bahawa Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli masih belum menghubunginya untuk mengadakan pertemuan dengannya di program podcast sebelum Ramadhan.

“Kenapa lama sangat? Banyak perkara yang saya mahu bincangkan dengan beliau secara bersemuka dan saya jamin ramai akan mendapati sesi secara langsung itu sangat menarik,” katanya yang dipetik daripada FMT.

Rafizi sebelum ini pernah berkata akan mendedahkan siapakah watak sebenar disebalik Lim Sian See yang kita pun tak tahu apa kelebihannya jika watak sebenar "Lim Sian See" didedahkan. Sedangkan "Lim Sian See" sendiri menawarkan diri untuk mendedahkan siapa dirinya dan menerima cabaran Rafizi.

Selain "Lim", dia juga pernah berkata akan menjemput AMT UMNO Puad Zarkashi, Bekas ketua penerangan UMNO Isham Jalil sebagai tetamu di program podcast 'Yang Bakar Menteri'. Namun, "Lim" menegaskan hanya mahu sesi "one vs one" dengan Rafizi. 

"Lim" juga menekankan bahawa sepatutnya tiada masalah buat Rafizi kerana dia telah menghadiri Kongres Ekonomi Bumiputera baru-baru ini dan berharap Rafizi akan mengotakan janjinya. 



Post a Comment

Previous Post Next Post