Software Review: Mengenal Perisian AutoCad dan Kegunaannya

AutoCad merupakan satu perisian komputer yang paling banyak digunakan di dunia terutamanya dalam industri senibina dan kejuruteraan termasuklah Malaysia. Perisian ini dibangunkan oleh syarikat Autodesk untuk memudahkan industri-indsutri tertentu melaksanakan kerja mereka dengan lebih efisien dan tepat. Sebelum teknologi komputer berkembang dan maju, hasil kerja senibina dan kejuruteraan banyak menggunakan kemahiran tangan. Jika di dalam industri senibina ia dipanggil Draughting. Masalah dengan menggunakan kemahiran tangan ini, akan lebih banyak masa, tenaga dan wang digunakan untuk menghasilkan kerja-kerja tersebut. Apatah lagi jika ia dilaksanakan oleh mereka yang kurang mahir. Melukis pelan bangunan secara teknikal sebenarnya bukan satu kerja yang mudah lebih-lebih lagi ketika zaman komputer masih belum berkembang kerana perlu membuat banyak persediaan yang akan melibatkan banyak perkara.

Antaranya, persediaan peralatan melukis pelan, menetapkan ukuran berdasarkan ukuran sebenar, menetapkan skala, menetapkan kedudukan tapak cadangan dan banyak lagi. Namun, dengan berkembangnya teknologi komputer dan wujudnya perisian autocad, ia banyak membantu dalam melaksanaan kerja-kerja senibina dan kejuruteraan. Perkembangan perisian ini juga memberikan impak yang sangat besar kepada industri senibina dan kejuruteraan. Kerja-kerja menjadi semakin pantas, menetap ukuran dan kedudukan bangunan dengan lebih mudah, seterusnya menyimpan data dan hasil kerja terus ke dalam komputer tanpa perlu menggunakan banyak kertas yang akan melibatkan lebih banyak kos digunakan dan ruang penyimpanan yang terhad. Bagaimanapun, untuk menggunakan perisian Autocad ini tidaklah semudah menggunakan perisian MS Word atau MS Power Point. Contohnya MS Word. Secara asasnya anda boleh meneroka sendiri bagaimana mahu menggunakan perisian MS Word tersebut, tetapi tidak pada AutoCAD. Untuk menggunakan perisian autocad ada arahan dan tetapan tertentu sebelum, ketika dan selepas menggunakannya. Walaupun ada banyak simbol dan ikon disediakan sama seperti di dalam MS Word, tetapi ia bukan semudah yang disangkakan. Katakan, anda memiliki perisian AutoCAD terkini yang ada banyak ikon dan simbol tetapi anda tidak pernah belajar tentang penggunaannya, anda boleh klik pada ikon dan simbol tersebut tetapi anda akan terhenti di situ sahaja kerana anda tidak mengetahui apakah tindakan dan arahan selanjutnya.


Sebelum saya tahu menggunakan AutoCAD, seorang kenalan saya pernah menggunakan komputer kepunyaan ayah saya untuk membuat kerja-kerja rekabentuk pelan rumah dengan perisian autocad. Waktu dia tidak menggunakan komputer tersebut, saya pernah cuba untuk menggunakannya. Saya klik pada simbol 'Line' dan saya 'mati kutu' kerana saya tidak tahu apa tindakan selanjutnya dan tertanya-tanya kenapa 'Line' tiada penghujung? Akhirnya, saya putus asa dan tutup komputer.

Bagaimanapun, jika anda sudah tahu dan faham asas-asas penggunaannya, ia akan jadi lebih mudah.

Saya tunjukkan satu contoh seperti rajah di bawah: (Cara membuat 'Line')

Rajah 1: Simbol atau ikon

Rajah 2: Taip 'L' atau boleh klik simbol 'Line' untuk membuat 'Line' dan akan tertera di bahagian command.

Rajah 3: 'Specify first point' bermaksud anda perlu pilih kedudukan 'point' pertama dengan klik butang kiri pada 'mouse' terlebih dahulu.

Rajah 4: Selepas 'Specify first point' dipilih, 'Specify next point' akan tertera di bahagian command yang bermaksud anda perlu pilih 'point' yang seterusnya

Rajah 5: Contoh kedudukan 'point' kedua yang dipilih

Rajah 6: Klik 1x butang kiri pada 'mouse' untuk menetapkan kedudukan 'point' kedua.

Rajah 7: 'Line' akan terus bersambung kerana hanya butang kiri pada 'mouse' ditekan. 'Specify next point' akan terus dipaparkan di bahagian command yang bermaksud anda perlu memilih 'point' seterusnya.

Rajah 8: Klik sekali lagi butang kiri 'mouse' untuk menetap 'point' seterusnya kerana di dalam contoh ini saya akan membuat bentuk segi tiga seperti rajah seterusnya.

Rajah 9: Sambungkan 'Line' ke 'point' pertama tadi untuk membentuk segi tiga dan klik sekali lagi butang kiri 'mouse' untuk sambungkan 'Line' kepada 'Line' pertama. Bagaimanapun, 'Line' akan terus bersambung kerana anda baru menekan butang kiri 'mouse'. Untuk mematikan 'Line' anda perlu klik pula butang kanan 'mouse'

Rajah 10: Setelah 'Line' disambung kepada 'Line' pertama, klik pula butang kanan 'mouse' dan satu paparan kecil akan terpapar berdekatan 'point' akhir tadi. Tindakan seterusnya, klik pilihan 'Enter'

Rajah 11 : Bentuk segitiga menggunakan arahan 'Line' berjaya dibina. Anda juga boleh menekan butang 'Enter' di papan kekunci untuk terus mematikan atau memutuskan 'Line' yang telah dibina.

Ini adalah antara sedikit sebanyak contoh ringkas yang saya boleh tunjukkan kepada anda bagaimana cara untuk menggunakan 'Line' di dalam perisian autocad ini. Seperti saya katakan tadi, jika peringkat asas anda sudah boleh kuasa-i, insya Allah anda boleh menggunakan peringkat seterusnya dengan lebih mudah. 

Insya Allah, jika saya diberi kesempatan, saya akan terbitkan satu tutorial asas bagaimana untuk menggunakan perisian autocad ini.


Sepsifikasi AutoCAD 2014

For 32-bit AutoCAD 2014
  • Windows® 8 and Windows® 8.1 Standard, Enterprise, or Professional edition, Windows® 7 Enterprise, Ultimate, Professional, or Home Premium edition (compare Windows versions), or Windows XP® Professional or Home edition (SP3 or later) operating system
  • For Windows® 8, Windows® 8.1, and Windows 7: Intel® Pentium® 4 or AMD Athlon™ dual-core processor, 3.0 GHz or higher with SSE2 technology
  • For Windows XP: Pentium 4 or Athlon dual-core processor, 1.6 GHz or higher with SSE2 technology
  • 2 GB RAM (4 GB recommended)
  • 6 GB free disk space for installation
  • 1,024 x 768 display resolution with true color (1,600 x 1,050 recommended)
  • Microsoft® Internet Explorer® 7 or later web browser
  • Install from download or DVD

For 64-bit AutoCAD 2014
  • Windows® 8 and Windows® 8.1 (requires installation of the Model Documentation hotfix) Standard, Enterprise, or Professional edition, Windows 7 Enterprise, Ultimate, Professional, or Home Premium edition (compare Windows versions), or Windows XP Professional (SP2 or later)
  • Athlon 64 with SSE2 technology, AMD Opteron™ processor with SSE2 technology, Intel® Xeon® processor with Intel EM64T support and SSE2 technology, or Pentium 4 with Intel EM64T support and SSE2 technology
  • 2 GB RAM (4 GB recommended)
  • 6 GB free space for installation
  • 1,024 x 768 display resolution with true color (1,600 x 1,050 recommended)
  • Internet Explorer 7 or later
  • Install from download or DVD
  • Additional requirements for large datasets, point clouds, and 3D modeling (all configurations)

Pentium 4 or Athlon processor, 3 GHz or greater, or Intel or AMD dual-core processor, 2 GHz or greater
  • 4 GB RAM or more
  • 6 GB hard disk space available in addition to free space required for installation
  • 1,280 x 1,024 true color video display adapter 128 MB or greater, Pixel Shader 3.0 or greater, Microsoft® Direct3D®-capable workstation-class graphics card
  • Virtualization

Minimum
  • Citrix® XenApp™ 6.5 FP1
  • Citrix® XenDesktop™ 5.6


Azizi Yusoff
Architectural Designer
zhur9@yahoo.com










Comments

Popular posts from this blog

A Simple Step to Fix Insufficient Storage Available on Android

Software Review: Membina 3D dengan Google Sketchup

Wifi | Alat Sambungan Internet Wifi TPLINK TL-WN727N