Tahukah anda bahawa anda boleh membina lukisan 3D dengan menggunakan perisian 3D Google Sketchup? Sedikit ulasan berkenaan perisian 3D ini. Perisian ini telah dibangunkan untuk aktiviti senibina seperti rekabentuk senibina bangunan, rekabentuk dalaman, kejuruteraan, landskap dan apa saja yang berkaitan dengan unsur-unsur merekabentuk. Aplikasi ini direka khas kepada mereka yang berkecimpung di dalam bidang arkitek senibina, rekabentuk, kejuruteraan dan jurubina atau kontraktor.
Bagi pihak arkitek, penghasilan aplikasi ini juga sudah tentu menjadi sebuah perisian yang amat penting dan berguna dalam menghasilkan kerja yang memuaskan bukan sahaja kepada pihak arkitek malah lebih mudah memberi kefahaman kepada pihak klien tentang lukisan atau rekabentuk yang dihasilkan. Pihak arkitek pula boleh menghasilkan terus rekabentuk melalui perisian ini dan sekaligus dapat melihat hasil keseluruhan bangunan dalam bentuk 3-Dimensi. Jika sebelum ia diperkenalkan, lukisan pelan arkitek hanya memaparkan dalam bentuk 2D, di mana kebanyakan klien sukar memahami atau tak nampak hasil sebenar rekabentuk tersebut tetapi kini ia lebih mudah apabila disertakan dengan hasil 3D.
Pernah satu ketika, pengalaman saya dalam mengendalikan beberapa projek, saya dipersoalkan tentang luksian pelan arkitek 2D yang saya tunjukkan kepada mereka kerana mereka melihat hanya garisan-garisan di atas kertas dan ada-lah beberapa bahagian diwarnakan. Ada juga yang beranggapan seperti tidak siap. Sebenarnya, masalah tersebut terjadi kerana kurangnya kefahaman dan penelitian mereka terhadap lukisan pelan tersebut. Mungkin juga kerana mereka tidak nampak bagaimana hasilnya. Tetapi, terfikir juga saya bagaimana orang dulu-dulu terutama orang yang sezaman dengan ibu bapa saya tiada masalah dengan lukisan pelan arkitek yang berbentuk 2D. Mereka mudah faham dan boleh baca lukisan pelan yang dihasilkan. Mungkin mereka ada pengalaman atau mungkin mereka banyak pengetahuan.
Bagaimanapun, dengan wujudnya perisian 3D ini ia memberikan impak yang sangat besar dalam dunia senibina. Mudah dilihat, mudah difahami, dan boleh tahu keadaan sebenar bangunan atau rumah yang dicadangkan. Malah orang-orang dulu yang tiada masalah dengan lukisan pelan berbentuk 2D pun terlebih kagum apabila dipersembahkan kepada mereka hasil 3D atau 3-Dimensi.
Bagaimanapun, dengan wujudnya perisian 3D ini ia memberikan impak yang sangat besar dalam dunia senibina. Mudah dilihat, mudah difahami, dan boleh tahu keadaan sebenar bangunan atau rumah yang dicadangkan. Malah orang-orang dulu yang tiada masalah dengan lukisan pelan berbentuk 2D pun terlebih kagum apabila dipersembahkan kepada mereka hasil 3D atau 3-Dimensi.
Sumber Gambar Sketchup.com |
Perisian ini sangat mudah untuk digunakan. Dengan sedikit pemahaman cara penggunaan dan membuat beberapa kajian sendiri, ia sudah boleh digunakan. Anda bebas menggunakan ia dengan kreativiti anda sendiri. Boleh membina bentuk segi, bulat, kon atau merekabentuk bangunan, rekabentuk ruang termasuk komponen-komponen yang lain seperti tingkap, pintu dan bumbung. Anda juga boleh menggerak-gerakkan bentuk 3D tersebut sama ada dengan memusing, menarik ke atas atau ke bawah dan juga boleh membuat gerakan animasi. Beberapa komponen sedia ada juga disediakan seperti kenderaan, pokok dan orang. Anda juga boleh memainkan arah matahari, cahaya dan menghasilkan bayang-bayang.
Penggunaan perisian ini ada teknik teknik tertentu tetapi anda tidak perlu terlalu banyak memikirkan tentang teknik tersebut kerana apa yang penting ialah kreativiti anda ketika menggunakannya. Ia bukan seperti matematik yang memerlukan formula-formula tertentu untuk mendapatkan hasilnya.
Bebas menghasilkan bentuk
Menghasilkan bayang-bayang
Bukan buat bangunan sahaja, malah apa sahaja tujuan boleh digunakan.
Post a Comment