Foto - Sinar |
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim mengagihkan RM100 juta keseluruh negara sebagai persediaan menghadapi kecemasan luar jangka termasuk Sabah dan Sarawak.
Kerja-kerja kecemasan itu merangkumi skop memulihkan sistem saliran dan perparitan, jalan dan jambatan serta memulihkan struktur kawalan banjir.
Pengagihan telah selesai melalui 3 fasa supaya kerja-kerja dapat dilaksanakan segera untuk kesejahteraan rakyat terutamanya menghadapi bencana banjir.
"RM100 juta yang dibelanjakanitu adalah untuk seluruh negara dan diagihkan mengikut keperluan di neger terbabit dan Pulau Pinang menerima RM5 juta."
"Selain kerja-kerja pemulihan struktur, kita turut mengambil inisiatif dengan menambah bilangan pam bergerak dan pam itu berfungsi untuk mempercepatkan aliran air banjir," Kata Menterinya.
Nik Nazmi berkata, RM20 juta telah diperuntukkan Kerajaan melalui RMK-12 untuk melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Taman Siakap dengan kerjasama kerajaan negeri. Projek itu dijangka siap pada Ogos 2025.
"Projek ini menyediakan tahap perlindungan banjir sehingga 100 tahun ARI (Purata Selang Ulangan) dan akan memberikan manfaat kepada 8,000 penduduk di dalam kawaan sub-lembangan tersebut," Katanya.
Tambahnya, RTB Lembangan Sungai Pinang juga sedang dalam pelaksanaan dengan kos RM114.8 juta. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), dijangka musim tengkujuh tahun ini akan bermula pada 11 November 2023. - BERNAMA
Post a Comment