Tiba-tiba banjir, kata penduduk Bukit Changgang

 

Foto - Kosmo

Menurut penduduk yang juga mangsa banjir di Kampung Bukit Changgang, kawasan mereka dinaiki air walaupun cuaca berada dalam keadaan baik dan tidak hujan.

Hayati Daud berkata, ketika berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di dewan orang ramai Bukit Changgang, air telah memasuki rumahnya sekitar 40 cm.

Katanya lagi, air mula naik sejak 6 pagi dan terus naik pada sebelah petang. Disebabkan itu, mangsa dan keluarga bergegas mengems rumah dan mengalihkan barangan di tempat tinggi. Dimaklumkan bahawa banjir itu bukanlah yang pertama kali kerana pada tahun 2021 banjir berlaku lebih teruk dan terpaksa meredah banjir di tengah malam.

Menurutnya, banjir itu disebabkan kedudukan kawasan rumahnya seolah-olah terkepung yang mengakibatkan air bertakung sehingga terpaksa mengunakan khidmat Bomba untuk mengeluarkan air banjir. 

Setakat ini seramai 75 orang mangsa telah berpindah ke PPS di Dewan Orang Ramai Bukit Changgang. -Bernama

 



Post a Comment

Previous Post Next Post