PLKN: Remaja sahaja yang akan dipanggil - Menteri

Foto - FMT

Menjelaskan laporan mengenai penglibatan pelatih PLKN 16 hingga 35 tahun akan dipanggil, menterinya berkata, pelatih akan dipanggil mengikut tahun kelahiran dan akan didaftarkan apabila program dimulakan semula. 

“Sebagai contoh, jika PLKN (rombakan) dilaksanakan pada 2024, maka hanya remaja yang lahir pada tahun 2007 sahaja yang akan dipanggil menyertai program itu.

“Sekiranya pelatih tidak dapat menyertai program atas sebab yang dibenarkan, mereka boleh meminta penangguhan. (Dalam kes sedemikian,) umur maksimum untuk berkhidmat sebagai pelatih ialah 35 tahun,” katanya.

Katanya, penetapan had umur bukan baharu kerana Akta Latihan Khidmat Negara yang diluluskan pada 2003 telah pun menetapkan bahawa pelatih hendaklah berumur antara 16 dan 35 tahun.

Di media sosial kecoh menyatakan kebimbangan mereka bahawa sesiapa yang berumur 30-an juga boleh dipaksa untuk menyertai PLKN jika dipanggil apabila program itu dihidupkan semula secara rasmi.

Menteri pertahanan, Mohamad Hasan berkata program khidmat negara yang dirombak itu menelan belanja kurang daripada RM100 juta setahun, berbanding RM500 juta sebelum ini.

Program itu pernah dimansuhkan kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2018. - FMT


Post a Comment

Previous Post Next Post