Foto : EURO 2024 FB |
Perlawanan final Euro 2024 antara Sepanyol dan England berlangsung di Olympiastadion Berlin pada malam tadi, 15 Julai 2024. Kedua-dua pasukan memasuki padang dengan semangat tinggi, bersedia untuk merebut gelaran juara Eropa.
Pada babak pertama, perlawanan dimulakan dengan Sepanyol menguasai permainan. Mereka menunjukkan dominasi dalam penguasaan bola dan cuba menembusi pertahanan England. Namun, usaha untuk mendapatkan gol awal pada babak pertama menemui kebuntuan.
Hingga pada minit ke 45+1’, peluang terbaik di babak diperolehi England menerusi Phil Foden yang menerima umpanan silang dan melepaskan tendangan, namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Sepanyol, Unai Simon.
Masuk pada separu masa kedua, iaitu pada minit ke 47’, Sepanyol berjaya membuka jaringan melalui gol Nico Williams. Umpan cantik dari Lamine Yamal berjaya dimanfaatkan dengan baik oleh Williams untuk menjaringkan gol pertama Sepanyol.
Pada minit ke-73’, England pula menyamakan kedudukan melalui jaringan dari Cole Palmer. Umpanan yang dilakukan oleh Jude Bellingham berjaya disempurnakan dengan percubaan jarak jauh yang terus menggegarkan pintu gol Sepanyol.
Pada minit ke-86’, Mikel Oyarzabal menjadi wira Sepanyol dengan menjaringkan gol kemenangan. hasil hantaran silang Marc Cucurella berhasil disempurnakan oleh Oyarzabal.
Gol itu sekali gus mengangkat Sepanyol sebagai juara EURO 2024 selepas mengalahkan England dengan jaringan 2-1. Ini adalah kejuaraan keempat mereka dalam sejarah pertandingan EURO sejak 1960.
Kemenangan Sepanyol sekaligus menafikan impian England untuk memenangi kejuaraan Euro buat kali pertama, meninggalkan penyokong England dengan rasa kecewa. Namun, kedua-dua pasukan telah memberikan aksi yang hebat dan pasti akan dikenang oleh peminat bola sepak di seluruh dunia.
Post a Comment