Perubatan MADANI: Rawatan percuma melalui Skim Perubatan MADANI

 

Foto - BERNAMA

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, setakat hari ini sebanyak lebih 1 juta rawatan sakit ringan percuma telah diberikan kepada lebih 750,000 pesakit melalui klinik swasta yang menelan perbelanjaan keseluruhan RM62.5 juta.

Katanya, kerajaan memberikan komitmen yang berterusan terhadap skim ini dengan memberikan peruntukan sebanyak RM100 juta dalam Belanjawan 2024 untuk memastikan skim ini dapat diteruskan pada tahun hadapan.

"KKM dan ProtectHealth akan terus komited memantapkan gerak kerja dalam meningkatkan penglibatann klinik swasta di seluruh negara, bagi mmeperluas akses kumpulan berpendapatan rendah kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti," katanya.

Skim itu diperkenalkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 dan ditawarkan secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk sakit ringan tanpa caj.

Semakan kelayakan boleh dilakukan di laman web ProtectHealth di http://www.protecthealth.com.my, aplikasi Skim Perubatan MADANI dan MySejahtera. - BERNAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post