Datuk M Daud Kilau meninggal dunia pada usia 85 tahun

 

Foto - Sinar

Bintang lagenda, Datuk M Daud Kilau yang terkenal dengan jolokan Raja Gelek Malaysia meninggal dunia pada usia 85 tahun. Allahyarham disahkan meinggal dunia di Hospital Teluk Intan kira-kira jam 4 petang 18 Disember 2023. 

Pemergian Datuk M Daud Kilau disahkan cucu Allahyarham, Hasnor Ikram di Instagramnya.

"Atuk saya Mohd Daud bin Kilau telah hembuskan nafasnya yang terakhir sebentar sahaja tadi. Al-Fatihah," katanya. 

Datuk M Daud Kilau dilaporkan mengalami masalahkesihatan penyakit kencing manis, tidak boleh berdiri lama, kebas kaki dan tangan serta pinggang dan keadaan jantung yang tidak stabil. Selain itu, Allahyarham juga mengalami masalah pendengaran. 

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Balah, Bagan Datuk.

Dalam pada itu, Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Datuk M Daud Kilau.

"Mendoakan Allahyarham diampuni rohnya dan diberi tempat yang terbaik di sisi-Nya. semoga Allah SWT kurniakan kesabaran tingkat tinggi kepada keluarganya. Terima kasih kerana pernah menghiburkan masyarakat di Malaysia dan menjadi antara permata tanah air," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga mengucapkan takziah kepada keluarga Datuk M daud Kilau sambil menyifatkan pemergian penyanyi lagenda itu suatu yang mengejutkan dan tiada galang ganti.

"Malaysia kehilangan seorang lagi permata seni tanah air, Allahyarham Datuk M Daud Kilau yang cukup berbakat dan berjiwa bear. Takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham dan semoga tabah menghadapi ujian ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin," ucapnya.

- BERNAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post