Banjir: Jumlah mangsa di Kelantan dan Selangor menurun

 

Foto - FB APM Kelantan

Kelantan dan Selangor menunjukkan tanda positif apabila kedua-dua negeri itu merekodkan penurunan dari segi jumlah mangsa yang ditepatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Di Kelantan menurun dari 5,164 orang kepada 5,087 orang yang terdiri daripada 1,592 keluarga yang kini berada di 14 PPS di Pasir Mas. Antara PPS yang terlibat ialah SK Gual Tinggi, SK Sri Rantau Panjang, SK gual To'Deh, SK Gual Sitok, Masjid Lubok Gong dan SMK Gual Periok.

Di Selangor pula, jumlahmangsa menurun kepada 14 orang daripada 15 orang sebelumnya. Jumlah tersebut direkodkan setakat pagi tadi yang masih berada di PPS SK Sultan Abdul Aziz Shah, Kuala Selangor. Paras air di Sungai Langat Bukit Changgang menunjukkan trend menurun. 

Terengganu dan Perak kekal dengan 158 orang mangsa di Terengganu masih berlindung di PPS Dungun, Setiu dan Marang. Manakala di Perak sebanyak 65 orang masih ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak, Teluk Intan setakat pagi tadi.

Dilaporkan bahawa kawasan yang terjejas ialah Batu 9 Lorong Belakang Klinik, Lorong Sidang Osman, Batu 7, Batu 8, Lorong Imam Khairi dan Lorong Mesra. 

Paras air Sungai Bidor Changkat Jong dicatatkan pada tahap bahaya dengan 3.72 meter. - BERNAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post