Hakim Besar Malaya terima anugerah Tan Sri

 

Foto - Bernama

YDP Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri kepada Hakim Besar Malaya.

Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mendahului senarai 298 penerima pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

YDP Agong juga mengurniakan Darjah Panglima Jas Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk kepada sasterawan negara Prof Madya Lim Swee Tin.

Selain itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan antara penerima anugerah Darjah Johan Mangku Negara (JMN). 

Hadir sama Raja Permasuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu danMenteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

- BERNAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post