Foto - Terengganu FC |
Pemainkelahiran Bahrain, Habib Haroon sahmeninggalkan pasukan Terengganu FC (TFC) dan tidak akan menyarung jersi pasukan itu musim depan.
Selepas dua musim bersama TFC, dia memilih untuk beralih ke kelab lain untuk menimba lebih pengalaman dan peluang di tempat baru namun, masih belum mendedahkan hala tujunya musim depan.
"Saya 150% tidak akanbersama pasukan (TFC). Saya sudah ada pasukan tetapi belum mengumumkannya sekarang kerana kontrak saya akan tamat akhir bulan ini. Ini adalah antara musim yang menakjubkan. Saya telah mengabdikan hidup saya di sini dan saya sangat menyayangi pasukan ini (TFC) dan akan sentiasa menyayangi mereka," katanya.
Beliau menyatakan harapan untuk kembali beraksi di Terengganu yang dianggapnya sebagai rumah kedua baginya.
Katanya, sejak kerjayanya dalam bidang ini, beliau tidak pernah berasa dihargai peminat seperti di Terengganu dan menyatakan tidak akan melupakan Terengganu sampai bila-bila.
Beliau berada di Terengganu sejak tahun 2021 yang merupakan antara watak penting membawa pasukan TFC ke perlawanan akhir Piala FA 2022 dan Piala Malaysia 2023 serta membantu TFC ke Piala AFC 2023. - BERNAMA
Post a Comment