Foto - Bernama |
Rakyat Malaysia dijemput untuk meyertai "11 minit untukmu Palestin" bermula jam 9.00 malam hingga 9.11 malam sebagai tanda solidariti.
Menurut Pengarah Operasi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), kempen itu menyeru orang ramai untuk "bergelap" selama 11 minit dengan menutup lampu di kawasan masing-masing. Kempen itu bertujuan untuk menunjukkan tanda kebersamaan kita dan menyelami penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin ketika ini yang menerima serangan dari Israel bertubi-tubi.
Tarikh 11.11 dipilih kerana ia sinonim dan mudah diingati kerana sering dikaitkan dengan promosi jualan. Namun, ia berbeza pada kali ini dengan mengajak orang ramai untuk sama-sama bergelap dan menyelami sendiri suasana yang dihadapi oleh penduduk Palestin.
Dalam pada itu, orang ramai juga diseru untuk memenuhi aktiviti dengan melakukan aktiviti berdoa atau bersolat hajat untuk kesejahteraan rakyat Palestin.
- BERNAMA
Post a Comment