IMEJ: FB |
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam Facebooknya menjemput warga Johor untuk sama-sama menyertai program Majlis Yasin, Tahlil dan Solat Hajat peringkat negeri yang akan diadakan di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato' Onn. Program itu sebagai tanda sokongan dan memohon agar rakyat Palestin diberikan kemenangan.
Di bawah program "Solidariti Bangsa Johor Untuk Palestin", seluruh warga Johor dijemput hadir ke majlis itu pada 19 November 2023.
"Ayuh seluruh Bangsa Johor! Sama-sama kita hadir di Majlis Yasin, Tahlil Dan Solat Hajat Bangsa Johor Untuk Palestin Peringkat Negeri Johor 2023 pada 19hb November 2023 (Ahad)."
"Panjatkan doa dan teguhkan sokongan kepada saudara-saudara kita di Palestin. Sama-samalah kita berdoa agar penderitaan dan penindasan ini digantikan dengan cahaya keamanan dan keadilan agar kembali menyinari bumi Palestin. Insya-Allah." Dalam kenyataannya di Facebook.
Post a Comment