Foto - FMT/Bernama |
Dilaporkan bahawa jumlah mangsa banjir di kedua-dua negeri Perak dan Kedah mengalami sedikit peningkatan pada sebelah pagi 15 November 2023.
Jumlah di Perak meningkat dari 210 orang kepada 217 orang yang kini berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). PPS yang masih dibuka ialah PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak dan Chikus di Hilir Perak, PPS Changkat Lobak dan Alor Pongsu di Kerian dan di Kinta iaitu di PPS Dewan Orang Ramai Kg Sri Kinta, Taman Meru 2A.
Di Kedah pula sebanyak 107 orang mangsa telah direkodkan. Jumlah itu meningkat daripada 31 orang mangsa yang direkodkan hari sebelumnya. 76 orang mangsa telah ditempatkan di dua PPS iaitu SK Titi Gajah dan SMK Alor Merah. 31 orang mangsa lagi masih berada di PPS SK Malau iaitu di daerah Kubang Pasu. - BERNAMA
Post a Comment