Foto - NST |
Perdana Menter belanda, Mark Rutte menegaskan keperluan untuk melaksanakan genjatan senjata dan bantuan perlu disegerakan ke Gaza, dalam ucapannya di Muzium Seni Islam Kuala Lumpur. Lapor Bernama.
Ini kerana, menurutnya, bantuan yang disalurkan ketika ini tidak mencukupi dan hendaklah ditingkatkan secara besar-besaran. Apatah lagi, pintu Rafah telah dibuka untuk membenarkan bantuan disalurkan.
Katanya, Belanda juga sedang berusaha melancarkan beberapa inisiatif agar bantuan dapat sampai ke Gaza, termasuk dari jalan laut melalui Cyprus.
Dalam serangan kejam yang berlaku di Gaza, seramai lebih 8000 orang termasuk kanak-kanak, pekerja bantuan dan wartawan telah terbunuh dan lebih 22,000 lagi tercedera.
Ketika ini, seramai 2,3 juta orang sedang dikepung sepenuhnya menyebabkan bantuan tidak dapat disalurkan sepenuhnya seperti air, ubat-ubatan dan sebagainya.
Mark berkata, pembunuhan rakyat di Tebing Barat dan Gaza mesti segera dihentikan dan penyelesaian segera perlu disegerakan.
Mark Rutte hadir ke Kuala Lumpur adalah sebagai pertemuan dua hala bersama Perdana Menteri Malaysia yang membincangkan kerjasama antara kedua negara termasuk konflik yang berlaku di Palestin.
Sumber: BERNAMA
Post a Comment