Malaysia akan terus pengaruhi negara lain sokong Palestin

Foto - BERNAMA

Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menegaskan bahawa, Malaysia tidak akan berhenti mempengaruhi negara lain untuk terus mendokong dan menyokong perjuangan Palestin serta mengutuk kekejaman rejim Zionis. Lapor BERNAMA. 

Katanya lagi, Malaysia akan terus mempengaruhi bukan sahaja kepada Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) tetapi juga kepada Negara (G77) dan Negara-Negara Berkecuali (NAM) demi memastikan rakyat Palestin terus dibela.

Menurutnya, ketika ini negara-negara di Amerika Latin telah mula menunjukkan tentangan mereka terhadap kekejaman Israel yang telah berterusan melakukan penganiyaan terhadap penduduk Gaza. 

Beliau menambah, ketika pertemuan Perdana Menteri Malaysia dan Belanda, Mark Rutte di Putrajaya, Malaysia tegas dengan pendirian dalam hal yang berlaku di Palestin dan Belanda menghormati keputusan itu.

Katanya, Rutte mendengar penjelasan Malaysia dan mengatakan bahawa ketika ini barat, terutamanya di Belanda, majoriti rakyatnya sudah mula cenderung memihak kepada Palestin.

Berkenaan dengan tindakan Amerika Syarikat yang menghantar 3 demarche (tatatindak) kepada Malaysia, DS Zambry mengatakan bahawa Malaysia mengambil beberapa pendekatan untuk menyatakan pendirian Malaysia berkenaan dengan hal itu.

"Prinsip Malaysia sangat jelas dalam konteks perjuangan Palestin, ini bukan perkara baharu tapi sejak dulu lagi dan ini perlu ditegaskan apabila kita berinteraksi dengan mereka" Katanya. - BERNAMA


Post a Comment

Previous Post Next Post