DS Datuk Seri Najib Razak Dirawat di Hospital Kuala Lumpur

Foto - Utusan

Menteri Kesihatan Malaysia,Dr. Zaliha Mustafa, telah mengesahkan bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah dimasukkan ke hospital. Namun, Dr. Zaliha namun tidak mendedahkan secara terperinci mengenai rawatan dan keadaan kesihatan Datuk Seri Najib Razak kerana menghormati prinsip kerahsiaan pesakit.

Menurut Pegawai Khas Datuk Seri Najib, Muhamad Mukhlis Maghribi, DS Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah dikesan positif menghidap Covid-19. Mukhlis menjelaskan bahawa bekas Perdana Menteri telah dirawat di HKL bermula pada 31 Oktober setelah beliau mengadu rasa demam.

"Setelah menjalani pemeriksaan oleh pakar-pakar perubatan, Datuk Seri Najib dijumpai positif menghidap Covid-19," kata Mukhlis dalam temu bualnya hari ini.

Mukhlis memaklumkan, keadaan kesihatan DS Najib kini stabil dan sedang dikuarantin di HKL.

"Selaku wakil keluarga Datuk Seri Najib, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Penjara Kajang dan HKL kerana memberikan rawatan dengan segera kepada beliau," tambah Mukhlis.

Sumber

Post a Comment

Previous Post Next Post