Palestin: PDRM sedia hantar pasukan sertai misi keamanan

Foto - Sinar Harian


Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyatakan kesediaan mereka bagi menyertai misi keamanan di Palestin sekiranya terdapat permintaan berbuat demikian. Namun, beliau menambah bahawa tiada keperluan lagi buat masa ini kerana keadaan masih belim reda. 

"Sekiranya hendak hantar anggota polis, perlu ada permintaan daripada kerajaan dan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL). Jika ada, memang kami akan hantar untuk misi pengaman, namun keadaan tidak mengizinkan buat masa ini,” katanya di Bukit Aman.



PDRM juga memaklumkan bahawa tiada maklumat diterima mengenai orang awam yang ingin ke Palestin setakat ini. 

Sambil iti, beliau menasihati supaya lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang bentuk bantuan dan sentiasa menyemak kesahihan tabung sumbangan bagi mengelak penipuan. 

Mengulas tahap keselamatan negara ekoran kelantangan rakyat Malaysia menyuarakan hak Palestin, menurutnya pihak polis sedang mengumpul maklumat keselamatan termasuk maklumat ejen Mossad di negara ini. 

“PDRM melalui risikan akan mengumpul maklumat sebanyak mungkin berkaitan perkara berkenaan. Ia termasuklah maklumat berkaitan ejen Mossad dan sabotaj ekonomi, sekiranya ada maklumat kami akan tahan mereka,” katanya. - BERNAMA







Post a Comment

Previous Post Next Post