Malaysia dan Jordan bincang kerjasama dua hala

 

Foto - Sinar

Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim sempat mengadakan perbincangan du ahala bersama Raja Jordan, Raja Abdullah II di luar sidang tergempar OIC di Riyadh, Arab Saudi.

Menurutnya, pertemuan dengan Raja Jordanitu membabitkan peluang kerjasama dua hala Malaysia-Jordan selain lawatan peringkat tertinggi di kedua-dua negara pada tahun 2024. Perbincangan itu termasuk kerjasama sektor swasta dalam teknologi dron dan ketenteraan.

Dalam pada itu DS Anwar memberitahu bahawa perbincangan itu turut menyentuh ketegangan di Tebing Barat dan BaitulMaqdis dan serangan Israel terhadap Palestin termasuk usaha mengentikan serangan di Gaza. - BERNAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post