Foto - Sinar |
Timbalam Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof tiba di Shanghai, China bagi tujuan mengukuhkan kerjasama dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan pembinaan kapasiti dalam bidang komoditi. Ini termasuk memperomosikan Skim Pendijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MPSO) secara global.
Beliau berkata, China ialah pasaran eksport minyak sawit kedua terbesar Malaysia selepas India sejak 14 tahun yang lalu, diharap lawatan ini dapat memperkukuh lagi perdagangan komoditi dengan negara China terutamanya sawit.
Nilai eksport produk berasaskan sawit ke China bagi tahun 2022 ialah RM16.41 bilion dan nilai eksport minyak sawit RM8.44 bilion.
Malaysia dan China pada tahun ini menyambut ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif dan tahun 2024 pula ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik.
Lawatan ini adalah peluang bagi kedua-dua negara berbincang dan bertukar pandangan mengenai program dan aktivti yang akan dianjurkan pada tahun hadapan. - BERNAMA
Post a Comment