MOTOGP: Gelaran pertama Bastianini musim 2023

 

Foto - Crash.net

Bastianini, pelumba Ducati Lenovo Team berjaya merangkul kejuaraan pertama musim ini selepas memenangi perlumbaan Grand Prix (MotoGP Malaysia 2023 di Sepang.

Bastianini bermula di petak ketiga berjaya menamatkan perlumbaan dalam masa 39 minit 59.137 saat yang membawanya kepada kejuaraan selepas kali terakhir diraih pada September 2022, di GP Aragon, Sepanyol.

Alex Marquez dari Gresini Racing MotoGP di tempat  kedua kurang 1.535 saat dan Bagnaia di tempat ketiga. Bekas juara dunia 2021, fabio Quartararo dari Monster Energy Yamaha di tempat kelima. 

Bastianini berkata di sidang media bahawa dia berasa hebat dengan kemenangan pertamanya tahun ini. Ia juga adalah usaha keras pasukannya dari mula hingga ke akhir. Sementara itu bagi Marquez, perlumbaanitu merupakan minggu yang baik baginya di Sepang dan tekad menunjukkan aksi terbaik di litar Lusail, Qatar, 17-19 November.

Banaia mendahului 14 mata di hadapan Martin secara keseluruhan pada musim ini dengan mata yang telah dikutip setakat ini ialah 398 mata. 

Sungguhpun begitu, dia menganggap ia satu kelebihan kecil kerana masih ada lagi perlumbaan di Qatar. Dijangkakan perlumbaan agak sukar kerana permukaan litar di Lusail masih baru.

Perlumbaan terakhir dijadualkan di Litar Ricardo Tormo, Valencia, Sepanyol yang akan berlangsung pada 24 hingga 26 November 2023. - BERNAMA


Post a Comment

Previous Post Next Post