Foto - BERNAMA |
Menjelang pertemuan Malaysia dengan Kyrgyzstan di Stadium Bukit Jalil esok, jurulatih skuad negara, Kim Pan Gon menyeru agar penyokong setia Harimau Malaya dapat memenuhkan stadium bagi memberi sokongan kepada pasukan negara.
Skuad negara akan menentang Kyrgyzstan dalam saingan Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada 16 November 2023 berharap, sokongan padu dari peminat skuad negara dapat menaikkan semangat kepada para pemain dalam usaha melayakkan diri ke pusingan ketiga, apatah lagi bermain di gelanggang sendiri.
"jika anda mahu ke pusingan kelayakan ketiga Piala Dunia, perlawanan ini adalah hpenting bagi kita, Tanpa sokongan anda, kita tidak boleh berbuat apa-apa, kita mahu mengunakan kelebihan bermain di gelanggang sendiri sepenuhnya dan setiap penyokong perlu datang untuk mencipta persekitaran terbaik.
"Ini adalah 'rumah' kita, sesiapa yang datang ke sini, suasana di stadium sepatutnya rasa gerun kepada pasukan lawan. Hanya 10,000 tidak boleh membuat mereka rasa gerun," katanya di sidang media.
Setakat pukul 10 pagi, FAM memaklumkan lebih 7,500 keping tiket telah dijual . - BERNAMA
Post a Comment