Harimau Malaya bangkit benam Kyrgyzstan 4-3

Foto - BERNAMA

Perlawanan peringkat Kumpulan D, kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menyaksikan satu perlawanan yang sangat mendebaran antara Malaysia menentang Kyrgyzstan.

Harimau Malaya berjaya mengejar selepas ketinggalan 1-3 untuk mencipta kemenangan 4-3 bagi membuka peluang pasukan Malaysia untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan.

Pada separuh masa pertama, Malaysia mendahului perlawanan hasil jaringan Dion Cools pada minit ke-7 yang menanduk masuk bola hantaran Arif Aiman. 

Namun, pada minit ke-42, Kyrgyzstan menyamakan kedudukan melalui jaringan pemain pertahanan, Kairat Zhyrgalbek yang tidak dikawal, menolak bola muntah Ahmad Syihan.

Pada minit ke-44, pintu gol Harimau Malaya dikejutkan lagi apabila pemain penyerang Kyrgyzstan, Ernist Batyrkanov menjaringkan gol kedua untuk mendahului perlawanan. 

Bermula separuh masa kedua, Kyrgyzstan terus menekan Malaysia selepas pemain gantian Kai Merk menolak masu bola hantaran Erbol Atabaev ada mini ke-57. 

Selepas melihat kedudukan Malaysia ketinggalan 1-3, jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon melakukan pertukaran pemain dengan memasukkan Endrick Dos Santos, Paulo Josue dan Muhammad Akhyar Abdul Rashid untuk mengubah corak permainan.

Pertukaran pemain menampakkan gerakan permainan yang agresif dan bertenaga. Hasilnya, pada minit ke-72, lorongan Arif Aiman ke tengah pintu gol dari arah kiri gawang Kyrgyzstan gagal ditampan keluar dan bola tertolak masuk ke gawang sendiri. Jaringan gol sendiri itu menjadikan kedudukan berubah kepada 3-2. 

Pada minit ke-77, Dion Cools melegakan penyokong bola sepak Harimau Malaya selepas menanduk masuk hantaran sepakan penjuru Arif Aiman. 

Selepas jaringan penyamaan itu, Malaysia terus menggandakan asakan ke gawang Kyrgyzstan hingga ke minit-minit terakhir perlawanan. Usaha itu membuahkan hasil, bermula dari gerakan Arif Aiman yang menolak kepada Endrick dan Endrick menolak semula kepada Arif, seterusnya melorongkan bola kepada Faisal Halim untuk menjaringkan gol ke-4 pada masa kecederaan, iaitu minit ke 90+3. Malaysia menang dengan jaringan 4-3. Kredit juga perlu diberikan kepada Endrick yang berjaya menolak semula bola kepada Arif Aiman sebelum membuat lorongan kepada Faisal Halim. 

Kemenangan itu memberikan Malaysia 3 mata, berkongsi mata dengan Oman yang menang melawan Taiwan 3-0. Malaysia akan bertemu dengan Taiwan pada Selasa, 21 November 2023. 








Post a Comment

Previous Post Next Post