Malaysia, Google jalin kerjasama

 

Foto - Bernama

Malaysia dan Google hari ini mengumumkan kerjasama strategik bagi mewujudkan peluang pertumbuhan inklusif kepada lebih ramai rakyat Malaysia dan syarikat tempatan dalam teknologi digital.

Kerjasama itu bertujuan membantu perniagaan memajujan daya saing digital melalui program kemahiran, pelaburan infrastruktur digital, AI dan dasar mengutamakan awam.

"Komitmen terbaru Google ini yang bertujuan untuk mempercepat inovasi tempatan dan pembangunan tenaga kerja dalam bidang AI, pastinya akan meningkatkan daya saing digital negara, selaras dengan Rangka Kerja Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).," kata PM.

Katanya lagi, Rangka Kerja Ekonomi MADANI Malaysia disasarkan untuk meningkatkan saiz ekonomi Malaysia dan memastikan semua rakyat dapat menikmati faedah sosio-ekonomi.

Menurut Google, pengumuman kerjasama dengan Malaysia adalah untuk memajukan Malaysia denganmatlamat kerajaan bagi mewujudkan ekosistem yang menyokong inovasi termasuk peluang pekerjaan yang saksama. 

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Zafrul Aziz mengalu-alukan sumbangan Google kepada Malaysia khususnya kepada bimbingan tenaga kerja dan perniagaan kecil. 

"Selain menyokong pencapaian misi NIMP 2030, kerjasama ini juga akan meningkatkan keseluruhan daya saing global Malaysia kepada pelabur asing. Kementerian Pelaburan, Perdagangan & Industri (MITI) dan agensinya, Lembaga Pembangunan Pelabutran Malaysia (MIDA) akan melakukan yang terbaik untuk memudahkan rancangan pelaburan Google di Malaysia," Katanya. - BERNAMA

Hmm.... 😏

Post a Comment

Previous Post Next Post