KEMAS: KKDW sasar lahirkan 100,000 huffaz cilik menjelang 2026 - DS Zahid Hamidi

 

Foto - BERNAMA

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yakin bahawa Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) berjaya melahirkan para huffaz menjelang tahun 2026. 

Beliau berkata, melalui Program Pra Tahfiz Tabika KEMAS itu, ia mampu menghasilkan seramai 100,000 kanak-kanak huffaz dalam usaha membentuk umat menghafaz al-Quran yang boleh memberi impak kepada pembangunan modal insan serta kesejahteraan umat Islam keseluruhannya.

"Pengisian Modul Pra Tahfiz Tabika KEMAS merujuk sepenuhnya Modul Hafazan Tadika Tahfiz Negeri Pahang dengan teknik hafazan dan kaedah pembelajaran secara fun learning dan bagi surah-surah dalam juzu' amma dsan surah pilihan (Juzuk 30) dengan bacaan (Qiraat) Adab dan tadabbur.

"Modul Pra Tahfiz Tabika KEMAS menyasarkan penglibatan sekurang-kurangnya 1,500 orang kanak-kanak yang mampu membaca dan menghafaz sehingga Surah Ad-Dhuha serta bersedia masuk ke Tahun Satu," katanya ketika bericap di Majlis Menandatangai Memorandum Perjanjian (MoA) antara (KEMAS) dan Yayasan Pahang di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS di Seri Batu, Sentul hari ini.

Dalam program itu, Yang DiPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyaksikan pemeteraian MoA itu. Program itu turut dihadiri Menteri Besar Pahang dan Timbalan Menteri KKDW. 

DS Zahid berkata, kerjasama dengan Yayasan pahang itu akan menggunakan Modul Hafazan tadika Tahfiz Negeri Pahang (TTNP), khidmat nasihat, perakuan sijil kompetensi kepada pengajar, perakuan sijil tamat modul yang akan diberikan kepada pelajar Tabika KEMAS termasuk penubuhan Jawatankuasa Pemantauan KEMAS-Yayasan Pahang dan penyediaan tenaga pengajar.

Menurutnya lagi, Yayasan Persatuann Institusi Tahfiz Al-Quran (Pinta) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) turut terlibat dalam program tersebut seperti latihan kemahiran asas Al-Quran secara berkala si seluruh negara.

Dalam pembentangan Belanjawan 2024 oleh PM DS Anwar Ibrahim lalu, sebanyak RM20 juta diperuntukkan untuk melaksanakan Program Pra Tahfiz Tabika KEMAS. - BERNAMA



Post a Comment

Previous Post Next Post