APEC 2023: DS Anwar akan hadir ke Amerika Syarikat

 

Foto - BERNAMA

Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim telah memutuskan untuk menghadiri Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2023 yang diadakandi San Francisco, Amerika Syarikat.

Beliau berkata, penyertaan itu adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan negara dari pelbagai sudut termasuk hubungan diplomatik, keselamatan dan ekonomi. Dalam masa yang sama, beliau akan terus mempertahankan perjuangan rakyat Palestin.

"Bagi saya, keutamaan jaga hubungan diplomatik dan keamanan, walaupun tidak berganjak dalam pertahan keadilan dan sokong perjuangan hak rakyat Palestin," Katanya.

"Saya sebagai Perdana Menteri nak jaga kepentingan negara ini, nak jaga keselamatan, ekonomi dan kesenangannya," Jelasnya.

DS Anwar menegaskan bahawa keutamaan Malaysia kepada Palestin ialah keamanan serta bantuan kemanusiaan untuk membantu kehidupan rakyatnya yang terjejas sambil menyarankan kutipan tabung Palestin (AAKRP) atau Akaun Amanah Kemanusiaan rakyat Palestin diteruskan.

Dalam pada itu, DS Anwar menasihati semua pihak agar tidak mempolitikkan kemelut yang berlaku di Palestin dan menyeru untuk semua pihak bersatu serta berfikir bagi membela nasib rakyat Palestin yang terus dibunuh dengan kejam. 

Sumber: BERNAMA



Post a Comment

Previous Post Next Post