Foto - The Star |
JDT menghidupkan peluang untuk mara ke pusingan kedua selepas berjaya menewaskan pasukan dari Korea Selatan, Ulsan Hyundai FC 2-1.
Pada aksi keempat Kumpulan I, Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi, skuad Harimau Selatan itu berjaya menjaringkan gol pertama selepas 44 minit perlawanan. Gol pertama JDT dijaringkan oleh Heberty De Andrade.
Selepas separuh masa kedua bermula, pintu gawang JDT pula bocor apabila Ataru Esaka dari Ulsan Hyundai berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 69, yang menerima hantaran daripada Valeri Qazaishvili.
Dihujung separuh masa kedua JDT kembali mendapatkan gol menerusi pemain gantian Akhyar Rashid, pada minit ke 86.
Ulsan Hyundai yang terkejut dengan jaringan kedua JDT, terus mengasak pintu gol JDT untuk mendapatkan gol penyaman, namun tidak berhasil.
JDT akan bertemu Kawasaki Frontale, pada 28 November ini di Jepun. Manakala pada 12 Disember ini pula akan berhadapan dengan BG Pathum United dari Thailand di Stadium Sultan Ibrahim.
JDT menduduki tempat ketiga di belakang Ulsan Hyundai FC dengan berkongsi 6 mata. Manakala Kawasaki Frontale pula di tangga teratas dengan 12 mata. BG Pathum United di kedudukan keempat tanpa sebarang mata.
Sumber : BERNAMA
Post a Comment