JDT harap kelebihan di gelanggang sendiri

Foto - BERNAMA

JDT mengharapkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri ketika berhadapan dengan pasukan Ulsan Hyundai FC di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia 2023 (ACL) pada 7 November 2023. 

Esteban Solari berkata, walaupun akan bertemu dengan pasukan yang baru sahaja menjuarai Liga K1, mereka tetap perlu melakukan yang terbaik terutamanya untuk memanfaatkan minit-minit awal permainan. 

Dia yang yakin selepas perlawanan menentang Perak FC, akan mempamerkan perlawnan yang sengit ketika bertemu pasukan dari Korea itu nanti. 

Ketua Jurulatih Ulsan Hyundai FC juga turut menyatakan persediaan dalam memberi fokus kepada perlawanan menentang pasukan Harimau Selatan itu. Dia juga berkata, perlawanan menentang JDT adalah penting untuk mereka mara ke pusingan seterusnya. 

Selain Ulsan Hyundai FC, Juara (J-League), Kawasaki Frontale dan Juara Liga Thai (BG Pathum United merupakan pasukan yang berada bersama-sama dengan pasukan JDT dalam Kumpulan I. - BERNAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post