Hubungan baik Malaysia-Mesir, permudah bantuan ke Gaza

Foto - BERNAMA

Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim memberitahu bahawa hasil hubungan yang baik antara Malaysia dan mesir memudahkan lagi urusan bantuan Malaysia untuk Palestin selepas Presidennya, Abdul Fattah El-Sisi menunaikan janjinya.

"Dalam pertemuan dengan (Presiden Mesir), sentimennya sangat baik dan saya minta beri keutamaan bantuan kemanusiaan dari Malaysia."

Alhamdulillah, dia pegang kepada janji. Malaysia dan pesawat kita sampai antara yang paling cepat, diberi layanan dan dapat seberang sempadan..sebab itu hubungan dua hala perlu ditingkat," Katanya di JPM.

Sabtu lepas, pesawat yang membawa barangan bantuan pertama Malaysia ke Palestin seberat 20 tan telah selamat tiba di Lapangan Terbang Tentera El-Arish, Mesir.

Barangan itu telah diserahkan kepada wakil Mesir untuk membawa masuk ke Gaza melalui sempadan Rafah.

Dalam pada itu, DS Anwar Ibrahim menyatakan bahawa keadaan di palestin semakin tegang selepas tiada tanda-tanda Israel akan menghentikan serangan.

Satu perbincangan segera dengan negara Arab akan diadakan untuk membela rakyat Palestin.

DS Anwar berkata, perkembangan di Barat memberi sokongan kepada Palestin satu petanda positif yang sebelum ini sukar berlaku. 

"Perhimpunan dan tunjuk rasa itu besar sekali di Eropah," Katanya.

Beliau juga berkata, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte dan Jepun, Fumio Kishida, turut menyokong agar serangan terhadap rakyat Palestin dihentikan.

Sebelum ini Rutte pernahmemberitahu kepada Malaysia bahawa sokongan di Belanda berubah apabila 2/3 rakyatnya kini sudah beralih menyokong rakyat palestin. 

- BERNAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post