Harimau Malaya: Pan Gon terus diberi kepercayaan bangunkan pasukan

 

Foto - AWANI

Ketua Jurulatih Bola Sepak Malaysia, Kim Pan Gon, diberi kepercayaan oleh FAM untuk terus mengemudi danmembangunan skuad bola sepak negara untuk persiapan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027. 

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman yang memaklumkan bahawa status kontrak pengendali Harimau Malaya itu akan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Pan Gon yang mengandalikan pasukan negara sejak Januari tahun lalu telah berjaya membawa perubahan dan meningkatkan mutu pasukan negara. Dia terus diberi kepercayaan untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027. 

Malaysia berada dalam Kumpulan D, bersama-sama dengan Oman, Kyrgyzstan dan Taiwan. Malaysia akan bertemu dengan Kyrgyzstan pada 16 November ini di Stadium Bukit Jalil dan menentang pasukan Taiwan pada 21 November 2023 di Taipei City. - BERNAMA

 


Post a Comment

Previous Post Next Post