Bersatu gantung ahli parlimen Kuala Kangsar 4 tahun

Foto - Utusan

Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu menggantung keahlian ahli parlimen Bersatu Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid selama 4 tahun

Keputusan itu dibuat selepas meneliti laporan pelanggaran disiplin dan perlembagaan oleh Ketua Bahagian Bersatu Kuala Kangsar. 

“Setelah diteliti dengan sehalusnya segala bukti dokumentasi, keseriusan kesalahan, implikasi serta impak kepada parti dan juga surat penjelasan daripada YB Datuk Iskandar Dzulkarnain, Jawatankuasa Lembaga Disiplin mendapati beliau bersalah di bawah Fasal 22.1 (f) Perlembagaan Bersatu.

“Maka, beliau digantung keahlian berserta kesemua jawatan dalam parti yang dipegang bagi tempoh empat tahun berkuat kuasa dari tarikh keputusan dan hukuman, iaitu 3 November 2023,” katanya.

- BERNAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post