Foto - The Star |
Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata peranan dan pengaruh Malaysia adalah sangat diperlukan di pentas antarabangsa dalam menghentikan kemelut di Gaza.
Katanya, mungkin Malaysia dianggap sebagai sebuah negara yang kecil namun, dalam konteks peranan dan pengaruh Malaysia di kalangan negara Asean, negara-negara OIC, G77, NAM dan global south, Malaysia sentiasa diberikan keutamaan oleh negara-negara tersebut.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Wisma Putra 2023 di Putrajaya.
PM dan beliau akan berhubung dengan rakan sejawatan di negara luar bagi membincangkan dan menyeselaikan kemelut yang sedang melanda di Palestin.
Terdahulu, Datuk Seri Dr Zambry berkata, Malaysia akan terus mempengaruhi negara-negara lain dalammenyokong perjuangan Palestin dan mengutuk kekejaman Zionis yang disifatkan oleh pemerhati sebagai pembunuhan beramai-ramai. - BERNAMA
Post a Comment