Banjir: Jumlah mangsa di Selangor, turun. Perak naik

 

Foto - Sinar Harian

Dilaporkan bahawa keadaan banjir di Selangor menampakkan tanda-tanda positif apabila data menunjukkan trend menurun. Seramai 740 orang mangsa telah dicatatkan berada di 10 PPS negeri itu, berkurang dari 792 orang mangsa sebelumnya. 

Bagaimana pun, situasi berbeza di Perak apabila jumlah mangsa terus meningkat kepada 470 orang mangsa berbanding 458 orang sebelumnya. 

Menurut laporan, Chikus di daerah Hilir Perak adalah kawasan baru yang terjejas dan mangsa ditempatkan di Dewan Serbaguna Chikus, yang baru dibuka. 

JPS melaporkan paras Sungai Bidor di Changkat Jong masih berada pada tahap bahaya dengan catatan 4.30 meter. Manakala Sungai Kinta berada pada paras berjaga-jaga, 13.36 meter.

Post a Comment

Previous Post Next Post