Syed Saddiq didapati bersalah

 

Foto - Sinar Harian

Mahkamah Tinggi memutuskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq didapati bersalah bagi empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Menurut Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid, keputusan itu dibuat selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah. - BERNAMA


Post a Comment

Previous Post Next Post