Bayi maut dipercayai didera

 



Bayi berusia 1 tahun 5 bulan dilaporkan maut dipercayai didera rakan lelaki ibunya. Perkara itu berlaku di sekitar daerah Besut, Terengganu. 

Ketua Polis Besut, Supt Abdul Rozak Muhammad berkata berdasarkan kepada siasatan awal bayi itu diserahkan kepada rakannya itu untuk dijaga pada Selasa sekitar jam 4 petang. 

Menurutnya lagi, bayi itu dihantar semula kepada ibunya pada jam 7.30 pagi semalam dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terdapat kesan lebam pada anggota badan bayi itu. 

Bayi itu disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Kampung Raja Besut. Hasil bedah siasat mendapati terdapat kebocoran pada usus mangsa, dipercayai punca kepada kematian bayi itu. 

Pihak polis memaklumkan ibu bayi berkenaan telah ditahan bagi membantu siasatan dan kini sedang memburu rakan ibu mangsa. - BERNAMA

Foto - Atas

Post a Comment

Previous Post Next Post