Nahas Pesawat Elmina: Pasukan AS di tapak nahas, bantu siasatan

Imej via

Dipetik The Star Online, siasatan dan usaha mengumpul serpihan pesawat Beechcraft 390, yang terhempas di Elmina, Shah Alam, disambung semula oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB).

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, AAIB turut dibantu oleh pasukan dari Amerika Syarikat.

“Pasukan dari AS tiba pada Ahad (20 Ogos) dan pergi ke tempat kejadian pada Isnin (21 Ogos).

“Mereka akan berada di sini antara tujuh hingga 10 hari.

“Kami percaya proses siasatan akan mengambil sedikit masa kerana pelbagai komponen kecil masih berada di lokasi nahas,” katanya pada sidang media pada Isnin.

Siasatan adalah tertumpu kepada mencari punca nahas.

Selain itu, wakil syarikat pesawat dan syarikat insurans dari Singapura turut hadir ke lokasi kejadian.

“Kami percaya proses mengumpul serpihan pesawat itu akan selesai hari ini berdasarkan maklumat yang diterima daripada AAIB.

“Polis akan tetap berada di tempat kejadian untuk memantau lokasi kerana kita tidak mahu sebarang aktiviti tidak dibenarkan atau individu berada di tempat kejadian,” katanya.



Post a Comment

Previous Post Next Post