Nahas Pesawat Elmina: Pihak Polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut

Imej via


Dipetik Sinar Daily, Pihak Polis telah mengklasifikasikan siasatan kes kemalangan pesawat di Elmina, sebagai kes laporan kematian mengejut (SDR).

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, polis sedang menunggu laporan siasatan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB).

“Siasatan kejadian masih di bawah AAIB dan ia masih diteruskan atas beberapa faktor.

“Siasatan yang dilakukan oleh polis melibatkan kematian, mengenal pasti mayat mangsa dan menguruskan penyerahan mayat kepada keluarga mangsa serta melihat jika ada unsur jenayah terlibat. Kes masih diklasifikasikan sebagai SDR,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini pada Selasa.

Serpihan-serpihan yang diperlukan untuk siasatan pakar penerbangan telah dikeluarkan sepenuhnya dari lokasi nahas.

Berkenaan dengan spekulasi yang tersebar, pihak polis berkata ia tidak sepatutnya ditimbulkan. 

"Terdapat spekulasi mengenai motif jenayah yang berpotensi dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan menjejaskan keluarga mangsa," katanya.

Dilaporkan bahawa polis akan mengambil alih penyiasatan insiden itu jika terdapat unsur jenayah. Bagaimana pun ia bergantung kepada keputusan AAIB.

“Sekiranya mereka melihat atau merasakan perkara itu (dipersoalkan), AAIB akan memaklumkan kepada kami dan polis akan mengambil alih.

“Pada masa ini semuanya di bawah AAIB. Siasatan polis selesai. Kami telah merekodkan (kenyataan) daripada orang ramai, sebahagian daripada siasatan (polis) boleh digunakan oleh AAIB,” katanya.

Pihak polis juga mengesahkan tiada individu lain terlibat selain 10 mangsa. 

Post a Comment

Previous Post Next Post