Imej via |
Tragedi pesawat terhempas yang mengejutkan negara di Elmina baru-baru ini telah meragut 10 nyawa, yang mana 8 daripadanya ialah penumpang pesawat dan 2 lagi ialah orang awam. Namun, disebalik kejadian itu, rupa-rupanya si bulu, kucing berwarna oren yang biasa dipanggil ‘Oyen’ juga turut menjadi salah satu mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
Bagaimana pun, Oyen telah berjaya diselamatkan oleh petugas kesihatan KKM dan telah dihantar ke klinik veterinar.
Dr. Zul Erwan, doktor yang merawat Oyen berkata, oyen mengalami koyakan kulit kira-kira 15cm dari bahagian atas rusuknya. Oyen kini berada dalam keadaan stabil dan masih di bawah jagaan klinik.
Rata-rata netizen mendoakan Oyen supaya cepat sembuh dan kembali sihat.
Post a Comment