Foto |
Kemenangan Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang tertangguh membuktikan rakyat boleh menerima gabungan parti BN dan Pakatan Harapan (PH).
Menteri Besar Pahang, berkata, penerimaan rakyat terhadap gabungan parti blok BN dan PH telah diterjemahkan melalui pilihan raya selepas calon BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussain menang dengan majoriti 573 undi.
"Sudah tentu rakyat boleh menerima (gabungan BN-PH) khususnya di DUN Tioman. Kalau tidak mana mungkin kita boleh menang. Ini bermakna mereka boleh menerima secara dengan rasionalnya.
"Saya sudah jelaskan beberapa kali bahawa kerajaan harus ditubuhkan supaya membolehkan kerajaan melaksanakan tugas dan jika tergantung ia akan merugikan rakyat," katanya ketika mengadakan sidang akhbar di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah Rompin.
Wan Rosdy memaklumkan kuota Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Pahang telah lengkap dan Mohd Johari akan memikul tanggungjawab memelihara kesejahteraan rakyat di DUN Tioman.
Johari yang memenangi DUN Tioman menyatakan, manifestasi kerjasama BN dan PH ini telah membawa satu kerjasama demi kestabilan politik dan ekonomi Negeri Pahang.
PRU15 di DUN Tioman menyaksikan Johari memperoleh 8,077 undi manakala pencabar terdekatnya calon Perikatan Nasional (PN), Noor Idayu Hashim, 7,439.
Post a Comment