Jakoa: Ahli Parlimen Cameron Highlands gesa pembaharuan

Foto

Ramli Mohd Nor, Ahli Parlimen Cameron Highlands berkata, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) perlau ada penambahbaikan kerana ia tidak dilihat menjalankan tugas dengan baik untuk membantu komuniti itu. Oleh itu, beliau menggesa supaya kerajaan membuat perubahan dalam badan yang menyelia hal ehwal itu. Lapor FMT. 

“Kualiti kerja (Jakoa) teruk,” katanya kepada FMT, mendakwa rumah dan infrastruktur yang disediakan buat komuniti itu tidak dibina mengikut spesifikasi.

Menurutnya, Jakoa kekurangan tenaga kerja dan ramai yang berkhidmat di jabatan itu terdiri daripada penjawat awam yang berpangkat rendah.

Katanya, secara purata hanya terdapat tiga pegawai Jakoa di setiap daerah untuk membantu komuniti Orang Asli.

“Saya sudah memberitahu Ketua Pengarah Jakoa Sapiah Mohd Nor untuk menambah bilangan pegawai yang mempunyai pengalaman dan kepakaran diperlukan.

“Pegawai bergred rendah tidak boleh mempengerusikan mesyuarat mengenai projek bernilai ratusan ribu atau jutaan ringgit,” katanya.

Ramli berkata perlu ada empati sambil memetik satu kes yang dibawa ke perhatiannya sebagai contoh.

“Seorang warga emas meminta bantuan untuk anaknya yang ingin melanjutkan pengajian, dan pegawai Jakoa memintanya pergi ke kafe siber untuk mengisi borang dalam talian.

“Bagaimana seseorang yang tidak pernah pun melihat komputer seumur hidupnya hendak berbuat begitu? Ini lah maksud saya, perlu ada empati,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post