Projek tebatan banjir RM7 bilion diteliti semula - PM

Foto

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan kelulusan mutakhir projek tebatan banjir berjumlah RM7 bilion daripada keseluruhan peruntukan sebanyak RM15 bilion yang dilaksanakan melalui rundingan terus tanpa proses tender supaya diteliti semula. Lapor FMT

menurutnya, kelulusan peruntukan itu tidak akan diteruskan dan penelitian semula akan dibuat supaya terdapat prinsip ketelusan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Jumlah ini bukan kecil…atas alasan umpamanya membantu menyegerakan langkah tebatan banjir tetapi ada masalah apabila peraturan tidak dipatuhi dan ada upaya mencari kesempatan.

“Ini amat dikesalkan dan saya berterima kasih kerana pegawai kanan Kementerian (Kewangan) bersama dan tidak selari dengan maksud ini, tetapi pada ketika itu (hanya) mengikut arahan,” katanya.

Katanya, keputusan meluluskannya secara rundingan terus itu dibuat dengan alasan kononnya untuk menyelesaikan masalah tebatan banjir, namun, tindakan itu akan menimbulkan masalah apabila ia tidak mematuhi peraturan dan membuka ruang untuk pihak tertentu mengambil kesempatan.

“Saya ingin jelaskan saya nak tumpu perhatian mengurus negara, memacu ekonomi dan memberi kebajikan kepada rakyat.

“Tetapi pada masa sama, kita terpaksa lihat kalau boleh dihentikan 7 bilion (ini)… (kita) hentikan,” katanya.

- FMT

Post a Comment

Previous Post Next Post