Politik: Perikatan Nasional (PN) dedahkan setiap calonnya terima RM50,000 untuk kempen PRU15

Foto

Perikatan Nasional (PN) hari ini mendedahkan setiap calonnya menerima RM50,000 setiap seorang untuk berkempen PRU15. Bagaimanapun, setiausaha agungnya menafikan bahawa dana itu diperoleh daripada hasil cabutan loteri.

“Ya, memang benar kami memberi wang. Saya setiausaha agung PN dan ada ramai calon di hadapan saya... kita hanya beri RM50,000 kepada setiap calon. Jika saya mempunyai wang daripada penjudi, saya fikir [PN] bukan sahaja memenangi 73 kerusi, kita juga akan menyapu bersih 30 kerusi Barisan Nasional,” katanya dipetik New Straits Times.

Di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1958, calon boleh membelanjakan sehingga RM200,000 untuk berkempen bagi kerusi persekutuan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menterian Kewangan, mencadangkan bahawa hasil perjudian mungkin digunakan untuk membiayai kempen pilihan raya tetapi tidak memberikan bukti. Sebaliknya, perdana menteri berkata beliau perlu "menyemak perkara itu".

Beliau tidak menyatakan siapa tatpi ia dipercayai merujuk kepada gabungan PN.

PAS sebelum ini menuntut bukti bagi dakwaan itu, atau tindakan saman sekiranya gagal mengemukakan bukti.

Hamzah berkata menteri kewangan ketika itu dapat bercakap lebih lanjut mengenai perkara ini, memandangkan beliau kini berkhidmat sebagai menteri di bawah pimpinan Anwar.

“Beliau berkata dalam kerajaan sebelum ini terdapat 22 cabutan khas. Siapa menteri kewangan? Tengku Zafrul, awak mesti tanya Tengku Zafrul,” kata Hamzah merujuk kepada Anwar.

Sumber

Post a Comment

Previous Post Next Post