Piala Dunia 2022: Morocco mara ke suku akhir tewaskan Sepanyol

Foto

Morocco atau Maghribi mara ke suku akhir selepas menewaskan pasukan Sepanyol menerusi sepakan penalti. 

Sepanyol yang banyak menguasai bola berbanding Morocco gagal mendapatkan gol dari 90 minit masa perlawanan sehingga ke masa tambahan 30 minit. 

Kedua-dua pasukan mempunyai peluang menjaringkan gol tetapi ketumpulan barisan serangan menyebabkan kedudukan kekal 0-0 sehingga wisel penamat seterusnya membawa kepada sepakan penalti.

Foto

Sepanyol terus gagal menjaringkan gol melalui sepakan penalti apabila penjaga gol Morocco, Yassine Bounou berjaya membaca ketiga-tiga sepakan penalti pemain Sepanyol kecuali sepakan pertama yang terkena tiang. 

Pemain penentu Morocco, Achraf Hakimi tenang menyempurnakan sepakan penalti sekaligus membawa pasukan Morocco ke perlawanan suku akhir piala dunia buat kali pertama. 

Keputusan penuh: 

🇲🇦 Morocco (3) 0 - 0 (0) Spain 🇪🇸 




Post a Comment

Previous Post Next Post