Foto |
Wan Rosdy Wan Ismail mengangkat sumpah sebagai menteri besar Pahang bagi penggal kedua di Istana Abu Bakar, Pekan hari ini.
Pelantikan Wan Rosdy, 64, mendapat perkenan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Sultan Abdullah yang turut berkenan pembentukan kerajaan Barisan Nasional (BN ) dan Pakatan Harapan (PH).
Wan Rosdy berjaya mempertahankan kerusi DUN Jelai buat penggal kelima dengan majoriti 6,983 undi.
PRU15 lalu, BN memperoleh 16 kerusi dan PH memperoleh lapan kerusi. Susulan itu, terdapat perbincangan antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan kerajaan negeri campuran.
PH menyatakan sokongan kepada Wan Rosdy sebagai menteri besar sebagai tanda persetujuan dua gabungan itu untuk membentuk kerajaan perpaduan negeri bersama.
Post a Comment